Rabu, Jun 17, 2009

Kenangan lama

Haji Mohd Jaffar Haji Rais (Hj Munap)

Ayah saya Haji Munap (Rais) bin Kamis kerja di BSP sebagai Land Surveyor, dan kami tinggal di Lorong 7, Seria. Saya dan adik saya Zaini bersekolah di Sekolah St. Micheal Seria pada tahun 1956.



Gambar ini diambil pada tahun 1956 di Lorong 7, Seria, Belait. Bergambar bersama adik-adik saya Dayang Aminah, dan Omar yang sedang duduk di belakang saya.

Md Jaffar (tengah), Aminah (depan) dan Omar
(belakang).













Ini adalah nostalgia semasa kami menangkap ketam suri di pantai Kuala Belait dalam tahun 1958.



Md Jaffar (kiri), Narawi (Junaidi) bin Merusin (tengah)
dan dua orang kawan adik beradik yang masih kecil.














Zaini (kanan belakang) bersama rakan-rakan di kem tentera Marine Base di Muara.








Awang Ahmad bin Haji Munap (Hj Rais) dan kawan-kawan dari Kampong Ratan, Labi di Daerah Belait.



Berdiri dari kiri: Awang Haji Hidup bin Abu Bakar, Haji Jaluddin,
dan Haji Hassan bin Sudin. Duduk dari kiri: Awang Ahmad Hj Rais
dan Haji Bujang bin Ahmad.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan