Memaparkan catatan dengan label Tutong Prep School. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tutong Prep School. Papar semua catatan

Ahad, Julai 26, 2009

Anak Ku

Wahai anak-anak ku bangkitlah, berjuanglah untuk masa depan kamu. Ketahuilah oleh kamu, bahawa kamu akan menempuh ranjau dan duri jika kamu masih menjadi manusia yang leka dan lupa. Bangunlah, carilah ilmu, bacalah buku, carilah maklumat, gunakanlah IT sebaik mungkin. Jangan kamu tipu diri kamu, seolah kamu menipu `ALLAH' yang menghidupkan kamu.

Wahai anak-anak ku, aku sudah lalui ruang lingkup hidup masa-masa lalu di dunia ini. Jurang yang curam, gunung yang tinggi, laut yang dalam, langit yang luas, sudah ku rasakan betapa pahitnya berjuang untuk berjaya dan cemerlang. Hanya satu kunci hidup ku untuk cemerlang ialah memdidik anak bangsa ku dalam bidang `pendidikan' dan `keguruan' dengan ilmu ku yang ada. Alhamdulillah, mereka terbilang di sisi masyarakat, dan `ALLAH' bersama mereka jua. Kejarlah M.Ed dan PhD kamu, agar kamu dapat mengatasi kepincangan pendidikan di alam kamu.



Menerima Ijazah Sarjana Pendidikan dari Universiti Malaya
yang
disampaikan oleh Kebawah Duli Yang Maha
Mulia Sultan Azlan Shah.





Bergambar ramai guru Sekolah Inggeris Sufri Bolkiah Tutong bersama Pengetua C.H.Gallop, dan Senior Master Mohider Singh.

Berisan tengah berdiri: Pensyarah TESL, UKM, Cikgu Jamaluddin Ishak (ke 5 dari kiri). Gambar ini diambil pada tahun 1970.








Bergambar ramai guru Sekolah Persediaan Inggeris Tutong (1969).

Duduk dari kiri: C.H.Gallop (4), Nazir Cigku Haji Taha (5), Mr. Adamson (6) dan Mr. George (7).










Persembahan muzik oleh murid-murid Sekolah Inggeris Sufri Bolkiah.










Galeri Bersama Murid.





Sekolah Persediaan Inggeris Tutong.







Sekolah Inggeris Sufri Bolkiah Tutong.






Acara Pakaian Beragam Sempena Perayaan Kebawah DYMM Sultan Omar Ali Saifuddin lll.







Cikgu Mohd Jaffar Rais, juru acara pertandingan pakaian beragam.






Dato Pengiran Haji Othman, Pegawai Daerah Tutong
menyampaikan hadiah kepada pemenang pakaian beragam.